EN / BM

SOALAN LAZIM (FAQ)

SOALAN LAZIM BERKENAAN DANA BANTUAN BANJIR PIAM

  • Dana Bantuan Banjir PIAM merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) untuk menyokong pemegang-pemegang polisi layak yang mengalami kesulitan akibat bencana banjir baru-baru ini, dengan memberi subsidi bagi kerja-kerja pembersihan mekanikal kenderaan yang terjejas secara langsung akibat bencana banjir yang baru berlaku.
  • Dana CSR ini adalah satu dana baru yang diwujudkan dengan sumbangan awal daripada PIAM and ahli-ahlis yarikat insurans am PIAM.
  • Pada peringkat ini, Dana CSR tersebut akan ditutup apabila kesemua jumlah RM2.43 Juta telah habis dituntut.

  • Subsidi ini diberikan kepada setiap kenderaan yang memenuhi kriteria berikut:
    • Jenis kenderaan:
      • motosikal;
      • kenderaan persendirian; dan
      • kenderaan komersial,
    • Semua jenis polisi motor, iaitu
      • Perlindungan Komprehensif dengan tambahan Bencana Khas;
      • Perlindungan Komprehensif tanpa tambahan Bencana Khas;
      • Perlindungan Kebakaran dan Kecurian Pihak Ketiga (TPFT); dan
      • Perlindungan Pihak Ketiga,
    • Status polisi motor:
      • motor insurans yang sah ketika banjir berlaku; atau
      • motor insurans yang telah tamat tempoh (luput) ketika banjir berlaku, pada atau selepas 1 Jun 2021.

  • Dana CSR ini menyediakan subsidi bagi kerja-kerja pembersihan mekanikal di bengkel untuk kenderaan-kenderaan yang terjejas akibat bencana banjir yang baru berlaku. Subsidi dihadkan dengan sekali bayaran sahaja bagi setiap kenderaan berikut:
    • sehingga RM100 bagi motosikal;
    • sehingga RM500 bagi kenderaan persendirian; dan
    • sehingga RM500 bagi kenderaan komersial.
  • Subsidi yang diberikan bergantung kepada kos pembersihan sebenar dan tertakluk kepada had yang telah ditetapkan mengikut jenis kenderaan di atas.
  • Sebagai contoh: Sekiranya kos pembersihan kenderaan anda adalah sebanyak RM200 (termasuk SST), maka subsidi yang akan dibayar kepada anda adalah sebanyak RM200. Walaubagaimana pun, sekiranya kos pembersihan kenderaan anda adalah sebanyak RM600, maka subsidi yang layak dibayar adalah sebanyak RM500 sahaja.
     

  • Anda boleh kemukakan tuntutan anda melalui portal: MyCSR-Flood.my bermula dari 15 Jan 2022.
  • Anda hanya perlu mengemukakan maklumat-maklumat penting seperti:
    (a) nama pemegang polisi;
    (b) nombor telefon;
    (c) alamat emel (sekiranya ada);
    (d) nombor kad pengenalan / nombor passport/ nombor pendaftaran perniagaan;
    (e) nombor kenderaan;
    (f) maklumat perbankan bagi tujuan pembayaran tuntutan;
    (g) jenis kenderaan;
    (h) tarikh kerugian/ kerosakan; dan
    (i) jumlah yang dituntut,
    sepertimana yang diperlukan dalam portal. 
  • Borang tuntutan tidak diperlukan.

  • Dokumen Sokongan:
    Industri juga bersetuju untuk memudahkan proses tuntutan di mana anda hanya perlu memuat naik dokumen seperti berikut:
    (a) gambar kenderaan yapng jelas sebelum dan selepas pembersihan; dan
    (b) resit/ bil tunai yang dikeluarkan oleh bengkel kenderaan.
    (c) Salinan Kad Pengenalan (Depan) / Borang 24 dan Borang 49

Ya

Ya, anda layak menuntut untuk lebih daripada satu kenderaan yang didaftarkan atas nama anda dan setiap kenderaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan Dana CSR. 

Tidak. Subsidi ini bertujuan untuk membantu pemegang-pemegang polisi motor, yang mana kenderaankenderaan mereka telah mengalami kerosakan akibat bencana banjir, yang memerlukan pembersihan khusus termasuklah komponen-komponen enjin di bengkel-bengkel yang kompeten.

Tidak

Tidak, NCD anda tidak akan terjejas. Ini kerana ianya bukanlah satu bayaran tuntutan atas insurans polisi motor yang anda beli, kerana ini merupakan satu inisiatif CSR dalam bentuk subsidi oleh industri insurans am bagi menyokong pemegang-pemegang polisi motor yang terjejas akibat bencana banjir yang baru berlaku.

Anda boleh membuat semakan status tuntutan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh tuntutan dikemukakan dengan menghubungi syarikat insurans anda. Syarikat insurans anda juga akan memaklumkan status tuntutan anda.

  • Jika tuntutan anda berjaya, pembayaran akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh tuntutan dikemukakan bersama-sama dokumen yang lengkap.
  • Anda juga boleh menyemak status permohonan tuntutan anda melalui syarikat insurans anda.

Pembayaran tuntutan anda akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda seperti mana yang diberikan terdahulu. Sekiranya alamat emel diberikan, anda akan dimaklumkan juga melalui emel setelah bayaran dibuat.

Pengumuman akan dibuat dari semasa ke semasa oleh industri.

  • Keputusan syarikat insurans anda sama ada tuntutan anda berjaya adalah muktamad dan tiada rayuan akan dilayan.
  • Oleh itu, anda dinasihatkan supaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkandan mengemukakan bukti lengkap untuk menyokong tuntutan anda sepertimana dalam Soalan 4 FAQ ini bagi mengelakkan apa-apa kelewatan dan kemungkinan penolakan tuntutan anda.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di portal MyCSR-Flood.my dan syarikat insurans anda. Maklumat syarikat insurans untuk dihubungi adalah seperti berikut:

Anda dinasihatkan untuk menghubungi agen atau secara alternatif, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan (AACC) di talian 15500 untuk memperolehi maklumat lanjut tentang syarikat insurans anda.